Kalau masa yang kau perlukan, ambillah selama mana masa yang kau mahu. Memang salah ku, memaksa kau untuk meluangkan masa untuk ku. Salah aku selalu berkata yang bukan-bukan. Aku telan kesilapanku, dan aku terima hukuman ku. Aku manusia biasa, aku mudah untuk jatuh dalam kesilapan. Maafkan segala salah tutur kataku. Maafkan ku membuat semangatmu patah. Aku redha kalau kau enggan maafkan aku.
Aku doakan kejayaan masa depanmu, dan aku akan cuba untuk biarkan kau sendirian. Semoga kau beroleh masa depan yang cerah berkat usahamu. Semoga Tuhan selalu memberkati usahamu. Jangan la kau risaukan aku. Aku akan sentiasa baik-baik saja. Nombor telefon ku tetap akan sama kalau kau perlukan apa-apa bantuan dariku, Aku akan cuba tolong seboleh mungkin.
Aku minta maaf kalo segala perkataanku buat kau bertambah marah. Tapi andai bisa kau kongsi masalahmu, tekananmu denganku. Aku akan bantu untuk ringankan beban dibahumu. Jangan kau terus memikul sendirian perasaan mu, jangan kau pendam didalam hatimu..kelak memakan diri sendiri. Aku mungkin bukan penasihat yang terbaik, tapi aku pendengar yang setia.
Aku sudah melalui zaman kegemilangan remaja ku Ted. Zaman kegemilangan ku sekarang adalah bersama mu, dengan izin. Apa lagi perkara jahat yang belum pernah ku buat, apa lagi keseronokan dunia ni yang aku ingin kejar? Aku bosan dengan dunia penuh hiburan yang buat ku alpa sebelum ini. Aku sudah mensia-siakan masa remaja ku dulu dengan perkara yang sia-sia. Cukuplah itu jadi sejarah hitam hidupku..
Apa pun yang bakal berlaku, aku redha dan terima dengan hati terbuka...dan aku mahu kau tahu, kau tetap dihatiku, cinta dan sumpah janji ku tetap ku pegang utuh. Tidak mungkin ada yang mampu mengubah itu semua..ku harap yang terbaik untuk hubungan kita...
No comments:
Post a Comment