1 September 2010, Rabu
Walaupun aku sentiasa berasa panas dan marah, tak bermakna sayang aku hilang..meski pun jarak memisahkan kta, tak bermakna aku melupakan dirimu yang jauh disana..tak bererti kemarahan ini ditujukan kepadamu seorang sahaja, tak ada niat di hati untuk melukai hatimu..
Tapi, mengapakah kau berkata sedemikian? Bukankah aku sudah bilang, aku ada urusan yang aku perlu selesaikan..tapi, kau melemparkan tuduhan yang membuatkan aku sedikit terguris..walau apa pun, itu semua tak pernah membuatkan isi hati ini, sayang dan rindu ini berubah dari sayang kepada benci..tidak..
Bukan aku tidak sms dengan kau, aku balas juga sms kau, walaupun aku sedang sibuk mengulang kaji pelajaran..tolong lah, aku merayu pada kau, fahamilah situasi aku sekarang kerana aku sedang menenukan masa depan aku..aku tension, aku tertekan dengan keadaan sekeliling..aku membalas lambat sms kau, xbermakna aku online facebook melayan rakan-rakan aku disesawang itu..tapi, kau mengatakan aku lebih pentingkan komputer dan rakan-rakan aku, aku berasa patah hati..
Aku baru bercadang untuk bertemu denganmu hari Jumaat ini, bersama-sama membeli persiapan untuk raya ini..aku tak ingin memberi tahu mu..aku ingin membuat kejutan padamu..tapi, entahlah..pada mulanya, moog aku sangat ceria bila aku dengar suara kau..aku rindukan sangat suara kau apabila jarang dapat mendengar pada siang harinya..aku berasa sedih, jtuh jantung aku apabila kau berkata facebook dan rakan-rakan aku lebih penting dirimu..kau mengatakan aku akan melupakan dirimu..Fourt, dengar dan ingat, setiap perkataan dan kata yang keluar dari mulut itu adalah doa..jangan kau pinta sedemikian rupa..sebab tu aku marah, kerana apa yang aku cakap dahulu, kau tidak pernah ingat..aku dah cakap, jangan minta benda yang bukan-bukan..sebaliknya, percayai lah cinta aku, percayalah aku tak pernah berubah hati, biar kan aku menangis, biarkan aku marak dengan kemarahan, biarkan aku sendiri..janganlah kau menaikkan lagi kemarahan aku..
Aku tak kisah pun jikalau kau ingin bertukar number H/P sekali pun, asalkan dikau pandai membawa diri dan tahu akan batas-batas pergaulan kau dengannya..aku tak pernah menghalang dan aku tak nak mengongkong hidup kau..pada usia ini lah era zaman kegemilangan bagi kau..aku tak nak kau terasa terkurung..buatlah apa yang kau suka, tapi, ingat lah janji-janji yang aku ucapkan dulu dan ingatlah sumpah setia ku padamu walaupun apa yg terjadi, kita akan tetap bersama selamanya..
Apa yang terjadi, ada sebabnya..aku tak pernah lupakan kau dan aku sayangkan kau seperti mana aku sayangkan nyawa aku..please, berikan aku ruang dan masa..aku merayu, fahamilah keadaan aku, janganlah mendesak aku, janganlah kau melemparkan tuduhan yang sebegitu dan janganlah engkau pinta perkara yang aku tidak gemar..semoga kau dapat jaga diri dan baik baik di sana..
No comments:
Post a Comment