Sunday, August 29, 2010

Entah..masihkah ada..

Entah la kenapa...walaupun aku tau dia masih sayang padaku, tapi aku rasa sayang tu makin jauh dariku. Aku sudah jarang mendengar kata keramat itu dari bibirnya. Mungkin kerana kesibukannya untuk menelaah, memandangkan sekarang ni dia tengah exam Trial untuk SPM. Dan mungkin kerana kesibukan menjelang hari raya..lagi 10 hari dah nak raya..sibuk buat kuih. Aku pernah katakan padanya yang aku merasa terisih bila dia bersama rakan-rakan dan bila dia berdepan dengan komputernya, atau secara khasnya bila dia online. Dia kata aku hanya bermain perasaan, memikirkan yang bukan-bukan. Tidakkah dia sedar, aku bukan menyangka atau memikirkan itu semua, tapi aku merasakannya. Aku merasakannya sebab dia melakukannya. Aku tak kisah kalau dia nak online. Online la selama mana yang kau mahu, tapi aku minta sedikit dari masa itu untukku. Seminit dua untuk membalas SMS ku. Bila aku tengok Facebooknya, boleh post status sampai 3, 4. Boleh maen komen dengan kawan-kawan facebooknya yang dia tak pernah jumpa. Aku faham, itu mungkin dia check, post, atau reply ketika dia rehat sekejap. Tapi masa dia rehat sekejap tu, tak boleh ker luang masa untuk hantar satu SMS, or balas SMS yg ku hantar?
Sejak akhir-akhir ini, dia selalu moody. Aku faham sebab tekanan belajar dan keluarga. Aku cuba nak dekati dia untuk meredakan atau mungkin untuk menghiburkan dia supaya dia ceria sedikit. Tapi apa yang aku dapat, SMS dingin, senyap, nada suara tinggi. Tapi tak mengapa, aku faham dan aku mengalah. Aku bersabar menanti bila akan tiba waktu bila mood dia baik. Aku selalu mematikan moody ku bila aku nak bersembang dengannya, tak kira la SMS ataupun call. Kerana bagiku, mendengar suaranya, dan mendengar khabar darinya adalah pengubat dan penenang perasaanku. Aku menjadi gembira bila mendengar suaranya, menerima khabarnya. Aku lupa segala bebanan dan stress kerjaku. Aku sumahunya, ingin saja resign dari kerja ku, tapi aku fikirkan dia, siapa nak tolong, siapa nak bagi duit. Aku tau dia pandai simpan duit, pandai cari duit, tapi tanggungjawabku untuk menjaganya juga.
Aku tau dia risaukan aku disini, sebab baginya peluangku untuk berlaku curang sanga besar disini, tapi percayalah sayang, aku tidak pernah menduakan cintamu dan aku tidak pernah terfikir untuk berlaku curang padamu krana ku tahu betapa sakitnya rasa bila cinta didusta dan dicurangi. Aku menulis nukilan ini hanya untuk menyatakan apa yang terbuku dihatiku. Aku tidak mengharap kau mengubah apa-apa, aku cuma mahu sedikit pengertian darimu, demi masa depan hubungan kita. Sesungguhnya aku terlalu sayang padamu Mubarak..

No comments:

Post a Comment