Hari ni gaduh lagi dengan dia..aku tak tau la. Dah selalu sangat macam nie. Bila gaduh je, aku rasa aku yang salah. Yelah, aku kuat jeles. Selalu tuduh dia macam-macam. Aku kata dia pentingkan Facebook la, pentingkan kawan-kawan dia la. Tapi aku bukan fikir dan sangka semua tu, tapi itu apa yang aku rasa dan aku lihat. Tak tau la dia sedar ker tidak. Aku tak minta pun dia faham tu semua, tapi aku cuma nak sedikit pengertian dari dia pasal apa yang aku rasa, apa yang aku alami kst sini. Aku sunyi, aku keseorangan. Aku tau dia sibuk, aku tau dia stress nak exam. Aku cuma minta sikit masa dia dalam satu hari tu, seminit masa dia ketika rehat, sedikit masa dia sebelum tidur, untuk aku, untuk kontek ku, untuk dia bagi tau aku yang dia sayang aku, dia rindu ku, dia ingat aku. Aku tak tau la, samada aku ker, atau dia yang berubah akhir-akhir ini. Mungkin aku sebab selalu cari gaduh. Aku sedar apa aku cakap melukai hati dia, tapi disebalik semua itu hati aku sendiri sudah retak, aku sedih seorang diri, aku menahan seorang diri, aku bersabar setiap masa, menanti bila tiba masa dia boleh luang masa selalu dengan aku. Aku terfikir juga, mungkin salah aku sebab terlalu rapat dan manja dengan dia waktu awal perhubungan, sampaikan bila tiba waktu yang menguji macam ni aku terus down, terasa kehilangan dia yang amat sangat. Salah aku sebab selalu memaksa dia luang waktu untuk ku. Salah aku sebab selalu buat dia tertekan dengan perkataanku, perbuatanku. Salah aku sebab tidak memahami dan mengenal peribadi dia yang sebenar. Salah aku sebab terlalu obses dengan cinta. Salah aku sebab terlalu menyayangi dan mengharap balasan, salah aku sebab terlalu berharap. Salah aku sebab terlalu cemburu dan berfikir terlalu jauh. Salah aku sebab menjadi seorang yang tidak punya apa-apa, tidak berusaha keras sebelum ini. Tapi sumpah sayang, aku selalu setia, aku selalu sayang, aku selalu cinta padamu. Tidak pernah sekali pun aku terfikir untuk menduakan cintamu, tidak pernah sekali pun aku terniat untuk mencurangi cintamu. Aku 24jam, 7hari seminggu memikirkan mu. Aku jadi tidak keruan, aku jadi pendiam, aku hilang semangat bila lihat kau berubah, seolah-olah kau makin menjauh dariku. aku takut kehilanganmu. Cuma aku minta darimu, sedikit pengertian akan diri ini. Aku cuma mahu sedikit masa mu, perhatian mu untuk ku. Sudah jarang aku dengar ucapan cinta dan rindu dari mu. Sudah jarang ku dengar tawa riang dan gurau senda darimu. Kadang-kadang aku terasa seperti tidak wujud dalam hidup mu, aku seperti melukut di tepian gantang. Istilah 'pengemis cinta' mu itu adalah layak untuk ku, bukan untuk mu. Kau tidak mengemis cinta dariku sayang, aku berikan segala cintaku, sayangku untuk mu seorang. Akulah yang sebenarnya yang mengemis cinta, menanti ucapan sayang darimu saban hari. Menanti bila kunjung tiba hari ku bahagia disamping mu selalu. Apakah itu akan terjadi, akankah kau jadi milikku selamanya. Ku rasa saban hari kau makin jauh dariku, makin hilang mesranya cinta kita. Aku bersedih, menangis seorang diri tiap kali memikirkan semua itu..aku takut apa yang kita janjikan tidak tercapai sayang. Andai umurku tidak panjang, aku mahu kau tahu aku sayang dan cinta padamu selamanya, dam tidak pernah melupakan janji kita. Maafkan aku andai aku tidak dapat menunaikan janji-janji kita. Aku akan selalu doakan kebahagiaanmu, walaupun mungkin bukan aku yang akan membahagiakan mu..
Sempena exam mu ini, aku doakan kejayaan mu. Aku tahu kau masih ingat janji mu padaku untuk dapat \kan result yang terbaik untuk dirimu dan keluargamu, tapi usahlah kau terlalu tertekan dengan janji kita. Usahamu yang terbaik itu sudah yang terbaik untukmu..
"Ya Tuhan, berikanlah kebahagiaan hidup dan rezeki yang berlimpah buat dia. Jadikanlah dia manusia yang berjaya dan berguna untuk keluarganya. Dengarlah setiap doanya. Jagalah keselamatannya walau dimana dia berada, seperti mana kau menjaga umat pilihanmu. Berikanlah dia kekuatan untuk menempuhi segala cubaanmu di dunia ini..Ampunkanlah semua dosanya Tuhan, terimalah taubatnya, makbulkanlah doanya. Sesungguhnya kaulah Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Kasihan...aku mohon dengarkanlah doaku..Amin"