Thursday, November 25, 2010

Maaf...

Aku tau dia sentap..tapi aku manusia biasa, boleh lupa, boleh lalai..selalu terlintas di hati aku, kalo la dia ada dngan aku, mesti aku bahagia. Dapat keluar bersama, dapat luangkan masa bersama.
Aku selalu berharap, dia tumpang gembira dengan apa yg aku buat..aku tau dia tension..aku minta ampun sngt2 sbb aku tambah tension dia. Tapi bila dia ckp aku lebih pentingkan org lain dari dia, hati ni terkilan...banyak persoalan yg menganggu fikiran aku......


Dia sedar tak yg dia ckp "lebih pentingkan bintang lain (org lain) dan makin melupakan bulan (dia) tu tidak benar sama sekali??
Dia sedar tak yg dia adalah org yg penting dlm hidup aku?? 
Dia tau tak aku sngup kemudiankan kwn2 aku demi dia..demi jaga hati dia??
Dia tau tak aku sngt rindu kat dia??
Dia tau tak aku sunyi sngt bila jarang dpt sembang dngn dia?? 
Dia sedar tak tiap kali dia marah dan moody, aku rasa sedih sngt??
Dia sedar tak, moody dan marah tu tak dpt nak betulkan kesilapan??
Dia sedar tak marah n moody dia tu bukan jln penyelesaian??
Dia sedar tak, tiap kali dia marah n moody, aku makin terasa yang aku ni tak layak untuk dia??
Dia sedar tak, tiap kali dia marah n moody, persoalan "betul ker dia syg kat aku?", "dia betul2 ikhlas ker trima aku??"  makin menebal dlm hati ni??
Dia sedar tak, hati aku sama menangis bila dia kata dia menangis kerana aku??
Dia tau tak apa yg ada dalam hati aku bila semua ni berlaku??

Apa pun..aku tetap trima kenyataan..aku cuba fahami keadaan...aku syg dia sampai akhir hayatku...sbb kau la satunya yg buat hidup aku lenih bermakna...

Tuesday, August 31, 2010

Terkelu tanpa kata..

Kalau masa yang kau perlukan, ambillah selama mana masa yang kau mahu. Memang salah ku, memaksa kau untuk meluangkan masa untuk ku. Salah aku selalu berkata yang bukan-bukan. Aku telan kesilapanku, dan aku terima hukuman ku. Aku manusia biasa, aku mudah untuk jatuh dalam kesilapan. Maafkan segala salah tutur kataku. Maafkan ku membuat semangatmu patah. Aku redha kalau kau enggan maafkan aku.
Aku doakan kejayaan masa depanmu, dan aku akan cuba untuk biarkan kau sendirian. Semoga kau beroleh masa depan yang cerah berkat usahamu. Semoga Tuhan selalu memberkati usahamu. Jangan la kau risaukan aku. Aku akan sentiasa baik-baik saja. Nombor telefon ku tetap akan sama kalau kau perlukan apa-apa bantuan dariku, Aku akan cuba tolong seboleh mungkin.

Aku minta maaf kalo segala perkataanku buat kau bertambah marah. Tapi andai bisa kau kongsi masalahmu, tekananmu denganku. Aku akan bantu untuk ringankan beban dibahumu. Jangan kau terus memikul sendirian perasaan mu, jangan kau pendam didalam hatimu..kelak memakan diri sendiri. Aku mungkin bukan penasihat yang terbaik, tapi aku pendengar yang setia.

Aku sudah melalui zaman kegemilangan remaja ku Ted. Zaman kegemilangan ku sekarang adalah bersama mu, dengan izin. Apa lagi perkara jahat yang belum pernah ku buat, apa lagi keseronokan dunia ni yang aku ingin kejar? Aku bosan dengan dunia penuh hiburan yang buat ku alpa sebelum ini. Aku sudah mensia-siakan masa remaja ku dulu dengan perkara yang sia-sia. Cukuplah itu jadi sejarah hitam hidupku..

Apa pun yang bakal berlaku, aku redha dan terima dengan hati terbuka...dan aku mahu kau tahu, kau tetap dihatiku, cinta dan sumpah janji ku tetap ku pegang utuh. Tidak mungkin ada yang mampu mengubah itu semua..ku harap yang terbaik untuk hubungan kita...
1 September 2010, Rabu

    Walaupun aku sentiasa berasa panas dan marah, tak bermakna sayang aku hilang..meski pun jarak memisahkan kta, tak bermakna aku melupakan dirimu yang jauh disana..tak bererti kemarahan ini ditujukan kepadamu seorang sahaja, tak ada niat di hati untuk melukai hatimu..
    Tapi, mengapakah kau berkata sedemikian? Bukankah aku sudah bilang, aku ada urusan yang aku perlu selesaikan..tapi, kau melemparkan tuduhan yang membuatkan aku sedikit terguris..walau apa pun, itu semua tak pernah membuatkan isi hati ini, sayang dan rindu ini berubah dari sayang kepada benci..tidak..
    Bukan aku tidak sms dengan kau, aku balas juga sms kau, walaupun aku sedang sibuk mengulang kaji pelajaran..tolong lah, aku merayu pada kau, fahamilah situasi aku sekarang kerana aku sedang menenukan masa depan aku..aku tension, aku tertekan dengan keadaan sekeliling..aku membalas lambat sms kau, xbermakna aku online facebook melayan rakan-rakan aku disesawang itu..tapi, kau mengatakan aku lebih pentingkan komputer dan rakan-rakan aku, aku berasa patah hati..
    Aku baru bercadang untuk bertemu denganmu hari Jumaat ini, bersama-sama membeli persiapan untuk raya ini..aku tak ingin memberi tahu mu..aku ingin membuat kejutan padamu..tapi, entahlah..pada mulanya, moog aku sangat ceria bila aku dengar suara kau..aku rindukan sangat suara kau apabila jarang dapat mendengar pada siang harinya..aku berasa sedih, jtuh jantung aku apabila kau berkata facebook dan rakan-rakan aku lebih penting dirimu..kau mengatakan aku akan melupakan dirimu..Fourt, dengar dan ingat, setiap perkataan dan kata yang keluar dari mulut itu adalah doa..jangan kau pinta sedemikian rupa..sebab tu aku marah, kerana apa yang aku cakap dahulu, kau tidak pernah ingat..aku dah cakap, jangan minta benda yang bukan-bukan..sebaliknya, percayai lah cinta aku, percayalah aku tak pernah berubah hati, biar kan aku menangis, biarkan aku marak dengan kemarahan, biarkan aku sendiri..janganlah kau menaikkan lagi kemarahan aku..
   Aku tak kisah pun jikalau kau ingin bertukar number H/P sekali pun, asalkan dikau pandai membawa diri dan tahu akan batas-batas pergaulan kau dengannya..aku tak pernah menghalang dan aku tak nak mengongkong hidup kau..pada usia ini lah era zaman kegemilangan bagi kau..aku tak nak kau terasa terkurung..buatlah apa yang kau suka, tapi, ingat lah janji-janji yang aku ucapkan dulu dan ingatlah sumpah setia ku padamu walaupun apa yg terjadi, kita akan tetap bersama selamanya..
  
Apa yang terjadi, ada sebabnya..aku tak pernah lupakan kau dan aku sayangkan kau seperti mana aku sayangkan nyawa aku..please, berikan aku ruang dan masa..aku merayu, fahamilah keadaan aku, janganlah mendesak aku, janganlah kau melemparkan tuduhan yang sebegitu dan janganlah engkau pinta perkara yang aku tidak gemar..semoga kau dapat jaga diri dan baik baik di sana..

Salahkah aku...

Hari ni gaduh lagi dengan dia..aku tak tau la. Dah selalu sangat macam nie. Bila gaduh je, aku rasa aku yang salah. Yelah, aku kuat jeles. Selalu tuduh dia macam-macam. Aku kata dia pentingkan Facebook la, pentingkan kawan-kawan dia la. Tapi aku bukan fikir dan sangka semua tu, tapi itu apa yang aku rasa dan aku lihat. Tak tau la dia sedar ker tidak. Aku tak minta pun dia faham tu semua, tapi aku cuma nak sedikit pengertian dari dia pasal apa yang aku rasa, apa yang aku alami kst sini. Aku sunyi, aku keseorangan. Aku tau dia sibuk, aku tau dia stress nak exam. Aku cuma minta sikit masa dia dalam satu hari tu, seminit masa dia ketika rehat, sedikit masa dia sebelum tidur, untuk aku, untuk kontek ku, untuk dia bagi tau aku yang dia sayang aku, dia rindu ku, dia ingat aku. Aku tak tau la, samada aku ker, atau dia yang berubah akhir-akhir ini. Mungkin aku sebab selalu cari gaduh. Aku sedar apa aku cakap melukai hati dia, tapi disebalik semua itu hati aku sendiri sudah retak, aku sedih seorang diri, aku menahan seorang diri, aku bersabar setiap masa, menanti bila tiba masa dia boleh luang masa selalu dengan aku. Aku terfikir juga, mungkin salah aku sebab terlalu rapat dan manja dengan dia waktu awal perhubungan, sampaikan bila tiba waktu yang menguji macam ni aku terus down, terasa kehilangan dia yang amat sangat. Salah aku sebab selalu memaksa dia luang waktu untuk ku. Salah aku sebab selalu buat dia tertekan dengan perkataanku, perbuatanku. Salah aku sebab tidak memahami dan mengenal peribadi dia yang sebenar. Salah aku sebab terlalu obses dengan cinta. Salah aku sebab terlalu menyayangi dan mengharap balasan, salah aku sebab terlalu berharap. Salah aku sebab terlalu cemburu dan berfikir terlalu jauh. Salah aku sebab menjadi seorang yang tidak punya apa-apa, tidak berusaha keras sebelum ini. Tapi sumpah sayang, aku selalu setia, aku selalu sayang, aku selalu cinta padamu. Tidak pernah sekali pun aku terfikir untuk menduakan cintamu, tidak pernah sekali pun aku terniat untuk mencurangi cintamu. Aku 24jam, 7hari seminggu memikirkan mu. Aku jadi tidak keruan, aku jadi pendiam, aku hilang semangat bila lihat kau berubah, seolah-olah kau makin menjauh dariku. aku takut kehilanganmu. Cuma aku minta darimu, sedikit pengertian akan diri ini. Aku cuma mahu sedikit masa mu, perhatian mu untuk ku. Sudah jarang aku dengar ucapan cinta dan rindu dari mu. Sudah jarang ku dengar tawa riang dan gurau senda darimu. Kadang-kadang aku terasa seperti tidak wujud dalam hidup mu, aku seperti melukut di tepian gantang. Istilah 'pengemis cinta' mu itu adalah layak untuk ku, bukan untuk mu. Kau tidak mengemis cinta dariku sayang, aku berikan segala cintaku, sayangku untuk mu seorang. Akulah yang sebenarnya yang mengemis cinta, menanti ucapan sayang darimu saban hari. Menanti bila kunjung tiba hari ku bahagia disamping mu selalu. Apakah itu akan terjadi, akankah kau jadi milikku selamanya. Ku rasa saban hari kau makin jauh dariku, makin hilang mesranya cinta kita. Aku bersedih, menangis seorang diri tiap kali memikirkan semua itu..aku takut apa yang kita janjikan tidak tercapai sayang. Andai umurku tidak panjang, aku mahu kau tahu aku sayang dan cinta padamu selamanya, dam tidak pernah melupakan janji kita. Maafkan aku andai aku tidak dapat menunaikan janji-janji kita. Aku akan selalu doakan kebahagiaanmu, walaupun mungkin bukan aku yang akan membahagiakan mu..

Sempena exam mu ini, aku doakan kejayaan mu. Aku tahu kau masih ingat janji mu padaku untuk dapat \kan result yang terbaik untuk dirimu dan keluargamu, tapi usahlah kau terlalu tertekan dengan janji kita. Usahamu yang terbaik itu sudah yang terbaik untukmu..

"Ya Tuhan, berikanlah kebahagiaan hidup dan rezeki yang berlimpah buat dia. Jadikanlah dia manusia yang berjaya dan berguna untuk keluarganya. Dengarlah setiap doanya. Jagalah keselamatannya walau  dimana dia berada, seperti mana kau menjaga umat pilihanmu. Berikanlah dia kekuatan untuk menempuhi segala cubaanmu di dunia ini..Ampunkanlah semua dosanya Tuhan, terimalah taubatnya, makbulkanlah doanya. Sesungguhnya kaulah Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Kasihan...aku mohon dengarkanlah doaku..Amin"

Sunday, August 29, 2010

Entah..masihkah ada..

Entah la kenapa...walaupun aku tau dia masih sayang padaku, tapi aku rasa sayang tu makin jauh dariku. Aku sudah jarang mendengar kata keramat itu dari bibirnya. Mungkin kerana kesibukannya untuk menelaah, memandangkan sekarang ni dia tengah exam Trial untuk SPM. Dan mungkin kerana kesibukan menjelang hari raya..lagi 10 hari dah nak raya..sibuk buat kuih. Aku pernah katakan padanya yang aku merasa terisih bila dia bersama rakan-rakan dan bila dia berdepan dengan komputernya, atau secara khasnya bila dia online. Dia kata aku hanya bermain perasaan, memikirkan yang bukan-bukan. Tidakkah dia sedar, aku bukan menyangka atau memikirkan itu semua, tapi aku merasakannya. Aku merasakannya sebab dia melakukannya. Aku tak kisah kalau dia nak online. Online la selama mana yang kau mahu, tapi aku minta sedikit dari masa itu untukku. Seminit dua untuk membalas SMS ku. Bila aku tengok Facebooknya, boleh post status sampai 3, 4. Boleh maen komen dengan kawan-kawan facebooknya yang dia tak pernah jumpa. Aku faham, itu mungkin dia check, post, atau reply ketika dia rehat sekejap. Tapi masa dia rehat sekejap tu, tak boleh ker luang masa untuk hantar satu SMS, or balas SMS yg ku hantar?
Sejak akhir-akhir ini, dia selalu moody. Aku faham sebab tekanan belajar dan keluarga. Aku cuba nak dekati dia untuk meredakan atau mungkin untuk menghiburkan dia supaya dia ceria sedikit. Tapi apa yang aku dapat, SMS dingin, senyap, nada suara tinggi. Tapi tak mengapa, aku faham dan aku mengalah. Aku bersabar menanti bila akan tiba waktu bila mood dia baik. Aku selalu mematikan moody ku bila aku nak bersembang dengannya, tak kira la SMS ataupun call. Kerana bagiku, mendengar suaranya, dan mendengar khabar darinya adalah pengubat dan penenang perasaanku. Aku menjadi gembira bila mendengar suaranya, menerima khabarnya. Aku lupa segala bebanan dan stress kerjaku. Aku sumahunya, ingin saja resign dari kerja ku, tapi aku fikirkan dia, siapa nak tolong, siapa nak bagi duit. Aku tau dia pandai simpan duit, pandai cari duit, tapi tanggungjawabku untuk menjaganya juga.
Aku tau dia risaukan aku disini, sebab baginya peluangku untuk berlaku curang sanga besar disini, tapi percayalah sayang, aku tidak pernah menduakan cintamu dan aku tidak pernah terfikir untuk berlaku curang padamu krana ku tahu betapa sakitnya rasa bila cinta didusta dan dicurangi. Aku menulis nukilan ini hanya untuk menyatakan apa yang terbuku dihatiku. Aku tidak mengharap kau mengubah apa-apa, aku cuma mahu sedikit pengertian darimu, demi masa depan hubungan kita. Sesungguhnya aku terlalu sayang padamu Mubarak..