Setelah lama tidak menulis, hari ni tergerak hati pulak nak jengah diary aku yang dah berhabuk, bersawang ni.. =) Al-kisahnya bila aku buka akaun 4shared dan terjumpa Movie Maker yang aku buat sempena befday ke 18 dia..dah lama dah tapi aku tak pernah tunjuk kat dia lagi..harap kalo dia visit blog ni 1 hari nanti, dia tahu bahawa dia tiada gantinya dalam hati aku dan aku sayang dia sampai akhir nafas aku..*hugs ketat2*
Movie maker ni aku buat simple jer tapi aku buat movie ni dengan penuh rasa sayang, cinta, rindu, dan kasih kat dia..harap dia suka.. =) Love you forever my baby MAM..
Selepas update terakhir aku tahun lepas kalo tak silap aku, sekarang aku dengan dia dah baik. Hati aku cukup gembira bila tau dia dah boleh terima aku balik dalam hidup dia..namun penantian sehingga keadaan sekarang ni memang banyak keperitannya...mulanya aku hanya boleh stalk dia melalui twitter setelah dia block FB aku..then keadaan getting better bila dia follow back Twitter aku..then approve FB request aku (even itu 2nd FB dia..aku tau dia ada 1 lagi FB, maybe FB yang dia block aku). Tapi tak kisah la, asalkan aku boleh contact dia. =)
Kalo korang nak tau, sekarang aku dengan dia dah boleh borak-borak macam kawan dah..sejak aku pakai Blackberry, aku slalu stalk twitter dia...and sometimes borak kat BBM. Aku teringin juga nak cakap yang aku nak couple semula dengan dia tapi aku takut keadaan jadi keruh semula. Lagipun dia sekarang ni dah ada girlfriend..aku tak nak la ganggu kebahagiaan dia meskipun aku tau dia masih ada hati kat lelaki..hehe nd baru-baru ni, dia invite aku untuk attend wedding kakak dia yang kembar tu...aku memang teringin nak pergi tapi too sad, bulan ni pulak aku tengah kering..sakit hati pulak tak dapat datang. At least aku blh la tolong sikit-sikit majlis tu. Lagipun dah lama aku tak jumpa mak dia..rindu sangat-sangat kat family dia.
Apa pun, kalo dia baca blog ni satu hari nanti, aku harap sangat dia tau yang perasaan aku kat dia masih sama walaupun sekarang aku dengan orang lain tapi cinta aku, sayang aku, semua untuk dia...dan kalo dia izinkan, aku nak kami kembali macam dulu...dan kalo diizinkan, aku nak bersama dia selamanya..walaupun satu hari nanti mungkin dia akan berumah tangga..
AKU SAYANG KAMU SELAMANYA MUBARAK ABU MANSOR
