Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini, hari ini aku terpanggil untuk menulis semula setelah lama menahan gelora rindu di hati..sob3 T___T
Hari ni genap la 9 bulan sejak perpisahan antara aku dan MAM pada 20 Januari 2011..dan dalam masa itu juga la hati ini terus meronta untuk mendampingi dia semula, walaupun hanya dianggap sebagai kawan atau mungkin abang..
Hari ni genap la 9 bulan sejak perpisahan antara aku dan MAM pada 20 Januari 2011..dan dalam masa itu juga la hati ini terus meronta untuk mendampingi dia semula, walaupun hanya dianggap sebagai kawan atau mungkin abang..
Walaupun ada yang sudi menjadi peneman ku sekarang, tapi dalam hati ini masih mengharap yang suatu hari nanti MAM akan menerima aku semula dalam hidupnya..dan bila semua itu menjadi nyata, aku rela tinggalkan semua yang aku ada jika itu perlu untuk aku bersamanya semula..walau terpaksa menyakiti orang yang sudi menjadi peneman ku sekarang...
Aku akui kebenaran kata-kata cinta yang aku pernah baca dalam sebuah novel. "Bahagia tidak semestinya memiliki orang yang dicintai, tetapi juga bahagia melihat dia bahagia disamping orang yang dia sayang"...tapi aku juga setuju, sangat setuju bila novelis itu berkata, "..tapi jika aku tahu dia tidak mencintai seseorang itu sepenuh hatinya, aku akan cuba merebut semula hatinya"...kerna aku menyintai dia dengan sepenuh hati ku..
Tapi aku sedar realiti bahawa antara aku dan dia, jauh terpisah..makin ku cuba untuk mendekati dia, dia makin menjauhi aku...tapi jauh disudut hatiku, suatu hari nanti, akan ada satu kesempatan untuk aku mendekati dia semula..itulah harapan ku yang ku pendam dalam hati setiap hati...dan ia akan tatap subur dalam hati ku selamanya...kerna dialah cinta pertama ku, dan tak akan ada gantinya..sesungguhnya aku akan tetap SETIA MENANTI hingga ke akhirnya..seperti mana yang pernah aku janjikan pada dia dan diri ku sendiri...
I LOVE YOU MAM...