Thursday, October 20, 2011

Setia Menanti...

Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini, hari ini aku terpanggil untuk menulis semula setelah lama menahan gelora rindu di hati..sob3 T___T

Hari ni genap la 9 bulan sejak perpisahan antara aku dan MAM pada 20 Januari 2011..dan dalam masa itu juga la hati ini terus meronta untuk mendampingi dia semula, walaupun hanya dianggap sebagai kawan atau mungkin abang..

 Walaupun ada yang sudi menjadi peneman ku sekarang, tapi dalam hati ini masih mengharap yang suatu hari nanti MAM akan menerima aku semula dalam hidupnya..dan bila semua itu menjadi nyata, aku rela tinggalkan semua yang aku ada jika itu perlu untuk aku bersamanya semula..walau terpaksa menyakiti orang yang sudi menjadi peneman ku sekarang...

Aku akui kebenaran kata-kata cinta yang aku pernah baca dalam sebuah novel. "Bahagia tidak semestinya memiliki orang yang dicintai, tetapi juga bahagia melihat dia bahagia disamping orang yang dia sayang"...tapi aku juga setuju, sangat setuju bila novelis itu berkata, "..tapi jika aku tahu dia tidak mencintai seseorang itu sepenuh hatinya, aku akan cuba merebut semula hatinya"...kerna aku menyintai dia dengan sepenuh hati ku..

Tapi aku sedar realiti bahawa antara aku dan dia, jauh terpisah..makin ku cuba untuk mendekati dia, dia makin menjauhi aku...tapi jauh disudut hatiku, suatu hari nanti, akan ada satu kesempatan untuk aku mendekati dia semula..itulah harapan ku yang ku pendam dalam hati setiap hati...dan ia akan tatap subur dalam hati ku selamanya...kerna dialah cinta pertama ku, dan tak akan ada gantinya..sesungguhnya aku akan tetap SETIA MENANTI hingga ke akhirnya..seperti mana yang pernah aku janjikan pada dia dan diri ku sendiri...

I LOVE YOU MAM...

Thursday, March 17, 2011

Happy Birthday my Baby MAM...♥

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to my Baby MAM..
Happy Birthday to you...

Today is his 18th birthday..sweet 18..and it feel so awful that i couldn't celebrate it with him..i wanted to, but i afraid that it would ruin his happiness and his good time. But i wish i could meet him tommorow..

As time gone by, my heart still love him deeply as i felt before..and it would never change...forever. But knowing that but cannot do anything to win his heart again is so terrible. I've tried but he is so stone-hearted to decline me, and even wanted me to stay away from his life. How could i?? His family are my family..and i love them as much as i love him..

Baru2 ni, aku ada miss call no dier...and the day after that, aku dapat msg dr dia..

"Jgn nk contact aku lg la, aku xske ok..bye" 

Macam kena tikam ngan pisau rasanya bila dpt msg tue...why he hate me that much?? Aku taw dia ada lg syg kt aku...and he confess that dia xder sape2 lg..aku taw dia syg kt aku lg..kalo x, xder la nk buka FB aku kan..just cling to that believe for the time being..and hope that it  would last forever..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Mubarak Abu Mansor
  
 Whatever happen, whatever consequences, I will never stop loving you..because you are my true love, one and only, now and ever...I ♥ U..


♥ Fourtin Dinsim

Monday, March 7, 2011

Siapakah oraang baru dalam hidup dia??

Saat terakhir kali aku buka Facebook dia (walaupun hanya blh tengok info sekerat jer), satu link menarik perhatian aku.

"Website : http://www.t***-b.blogspot.com"

Rasa nervous lak nk buka blog dia..tapi aku beranikan diri juga, sebab perasaan ingin tahu tu membuak-buak kat hati aku. Lambat lar pulak loading...al-maklum la, aku online kt handphone jer sebab time tu aku kt kampung, tengah cuti semester. Line pulak macam chipsmore..adess. Habis jer loading page tu, tertera satu ayat yg manis dan tajam. "Usah bimbang andai dirimu sudah tidak dihargai.. Bimbanglah andai dirimu sudah tidak berharga lagi.." Dia memang pandai bermadah-madah nie..hehe

Then baca pulak part 'About Me'...mak aihh...rasa macam nk terjun jer dari kaki lima rumah aku..dah la duduk kt tepi, tinggi pulak tue...tp aku sabar..per pown, aku nk tngk semua dulu, baru terjun...huhuhu
"That is not my real name for Tedy B..but, someone call me Tedy B make it so sweet and i love it so much..!"
Bila baca je...hati aku rasa retak seribu...air mata aku jatuh pun aku x sedar dah...dh teresak-esak, baru sedar, aku menangis rupanya...walaupun keras hati lelaki, tapi mengalir juga untuk orang yg dia sayang...kan.

Dengan linangan air mata tu, aku terus jer baca satu persatu post dalam blog dia..rupanya dh lama gak la dia buat blog...i think long before dia excident hari tue..lain crita (detour japea..), tyme aku taw dia excident tue, jantung aku macam terjatuh kat lantai jeti tu (tengah memancing ngan uncle and aunty)...terus jer SMS kakak dia..kakak dia siap bagi aku MMS gambar kaki and tangan dia yg cedera tue. Agak teruk juga lar...aku SMS dia mlm tue, tapi cam biasa la..dia reply ala2 jer...
Back to the story, aku pun baca la sampai bawah...ada post pasal ketenangan jiwa, kesabaran...and kwn2 keja dia kt McD..baca punya baca, yg last skali kt article McDonald's Store 130# Family tue, terkesima tengok gambar dia...ala2 mcm gambar ni lar...




Time tengok gambar tue hati aku dah berkecai dah..walaupun caption kt gambar tue "ni nama dia Aidil..huhuhu..dia ni agak sengal, gila-gila..tapi, aku ngan dia macam adik ngan abang je..suka gurau-gurau.." , tapi aku taw posing gambar tue...and dia tak pernah ambil gambar macam tue ngan mana2 kawan dia..kecuali aku...so, it explain everything...aku tak tau la kalo aku silap. tapi, segala yang berlaku kebelakangan nie buat aku yakin yg dia dah ada orang lain. Dia delete Facebook dia, and i think buat yg baru dengan personally customized profile setting, hide segala comment2 dari nonfriend, macam yg dia buat dulu dengan aku..i just know...the instinct is really2 strong...kalo tak, tak kan dia hide segalanya dari aku...

Aku pun tak tau la, sejauh mana kebenaran perasaan aku ni, tapi selagi aku mampu bertahan, aku akan tetap bertahan dengan harapan yg aku tanam selepas hubungan aku dengan dia gagal. bagi aku, dia tetap di hati aku walaupun sejuta yg datang menduga...dan jika betul apa yg aku fikirkan ini, aku harap la dia bahagia dengan pilihan dia..walaupun bukan aku yg berada disisi dia untuk membahagiakan dia, tapi aku bersyukur dia bertemu kebahagiaan dia. Me?? Aku lebih rela hidup sendirian jika itu takdirnya selepas aku gagal membahagiakan dia...walaupun hati aku sunyi dan meratap, tapi aku akan cuba bertahan untuk lebih cekal melawan kesunyian di hati...moga kau bahagia dengan teman baru mu MAM...


Aku sayang kau selamanya...

Wednesday, January 19, 2011

Aku akan tetap setia menanti...

19 Jan...fuhh...rasa jantung aku berhenti sekejap bila baca msg yg aku dpt..."kita bawa la haluan masing2". Jantung ku berdegup kencang...sama deras dgn linangan air mata yg jatuh di pipiku..apa yg sedang berlaku mcm aku tak percaya.

Aku taw dia banyak terluka dgn kata2 aku...dan dah xblh nk bersabar lagi...tp inikah balasannya pengorbanan ku juga? Aku bukan berkira atau nk minta lebih, sekadar masa untuk aku buktikan yg aku dh belajar penuhi dan terima semua kemahuannya...untuk mengubah sesuatu yg sudah jadi nature seseorang tu, bukan dlm sebulan dua, tp beransur2. Mcm dia jg...cmner pown tahan, smetime it slipped away jg...but on top of all that, deep down in my heart, my trust and my feeling towards you never change. And i know so do you...marah mcm mna pun, syg dan cinta dia aku taw xpernah brubah.

Aku taw, walaupun dia tegar dgn kputusan dia skrang, tp aku percaya 1 masa dia akan kembali pada aku...sebab aku taw dia masih syg kt aku...and aku, syg aku kt dia xkan terpadam sampai bila2...selama mana pun masa, hati aku tetap untuk dia, dan aku akan selalu tunggu dia...

Kalau bagi dia melepaskan aku buat aku bahagia, bg aku tidak sama sekali. Hidup aku semuanya adalah dia...my time, my sleep, my stuff, my dine, my work, my holiday, my study, my ride, my travel, my entertainment, my joy, my family, every single things yg ada dlm hidup aku adalah dia...if you take it away from me, how do you expect me to live on?? My happiness is you, and without you, how do you think i can be happy?? The moment u put a dot to me, that very moment my life's end.

Aku minta ampun dan maaf sbb xdpt bg kebahagiaan spenuhnya seperti mna yg kita mahukan, tp percayalah, apa pun yg terjadi, aku tetap merasa bahagia selagi ada kau disamping ku...apa pun keadaan mu, siapa dirimu, aku terima dengan seadanya. Aku harap kau jg begitu...

Ambil la masa yg kau mahu...pertimbangkanlah...kita masih boleh bersama...capai impian bersama...bg la kepercayaan kt masa depan kita, peluang untuk kita bina semula apa yg telah runtuh sebelum ini...aku percaya kita mampu capai apa yg kita sama2 impikan selama ni...

Aku xkan pernah berhenti berharap dan akan setia menunggu mu MAM....